Thursday, July 9, 2009

Pembangunan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah
Al-Quran dan Sunnah merupakan sumber utama yang digunakan oleh para pemerintah Islam sejak beribu tahun dahulu semasa pembentukan tamadun Islam. Malah Rasulullah S.A.W sendiri semasa menjadi pemerintah di Madinah menggunakan Al-Quran serta Sunnah sebagai rujukan dalam melaksanakan pentadbiran. Hal ini kerana Al-Quran dan Sunnah mempunyai pelbagai perkara yang melibatkan hal duniawi dan akhirat. Contohnya perkara yang melibatkan pentadbiran, Al-Quran sendiri secara terang menjelaskan undang-undang yang wajar dan fleksible untuk dilaksanakan. Bukan itu sahaja, etika mengenai nilai-nilai yang harus diterapkan dalam membentuk pembangunan juga disebut di dalam Al-Quran dan Sunnah. Selain itu, pembentukan sistem politik yang bermoral dapat dibuat oleh tamadun Islam yang menggunakan sumber Islam yang agung ini. Ekonomi yang seimbang dapat dihasilkan menerusi sumber-sumber ini. Sistem sosial yang bebas dari pengaruh fikiran manusia yang mempunyai agenda sendiri dapat dibentuk. Di sini kita dapat melihat bahawa Al-Quran dan Sunnah merupakan sumber yang paling lengkap dan sempurna dari aspek politik,ekonomi serta sosial kerana dalam membentuk pembangunan sesebuah negara.
Jika menurut prespektif Islam Al-Quran dan Sunnah merupakan rujukan yang unggul tetapi berlainan pula bagi barat. Menurut prespektif barat, mereka lebih cenderung dalam menggunakan akal fikiran semata-semata. Malah ramai cerdik pandai,cendekiawan serta sarjana barat yang merupakan penasihat kepada pemerintah barat menolak menggunakan sumber dari kitab mereka sendiri sebagai rujukan kerana mereka beranggapan kitab hanya menekankan aspek agama semata-semata. Hal ini disebabkan mereka lebih mempercayai idea-idea sarjana dan pemikir seperti Karl Marx dan Adam Smith dalam aspek politik,ekonomi serta sosial. Mengambil contoh Karl Marx misalnya, beliau merupakan pengasas komunis yang berasal dari Jerman di mana kita dapat melihat pada hari ini negara barat seperti Rusia yang mengamalkan sistem komunis.

2 comments:

  1. This article is not posted by me, it is posted by my friend.

    ReplyDelete
  2. It's good, anyway...
    Yes,yes & yes. AlQuran dan As-sunnah & semua sumber hukum Islam yang lain (ada 10 sumber)mampu menjadi panduan hidup dalam semua aspek hidup manusia. Manusia & seluruh alam semester diciptakan Allah SWT, Dia Maha Mengetahui apa dan bagaimana sepatutnya kita mentadbir hidup manusia & mengurus alam yang Dia empunya hak.
    Sekarang ramai manusia buat ikut rasa, ikut logik, ikut tuk2 guru yang tak pernah rujuk AQ & AS, bagaimana nak dapat panduan yang betul? - dunia,, apatah lagi akhirat.
    Sama2lah kita belajar lagi...

    ReplyDelete