Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Berpuasa

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan berpuasa. Moga rahmat bulan yang mulia ini dapat diperolehi oleh umat Islam, kerana harus dihargai oleh umat Islam sejagat kerana diberi nikmat untuk menghadapi bulan Ramadhan sekali lagi kerana nikmat tersebut tidak sampai kepada arwah yang telah pergi dahulu. Jadi saya menyarankan agar umat Islam mengambil peluang daripada nikmat ini dengan berlumba-lumba menjalankan ibadah wajib mahupun sunat agar mendapat kelebihan yang ditawarkan oleh Allah S.W.T kepada umat Islam pada bulan Ramadhan iaitu gandaan pahala bulan yang mulia ini. Dengan itu,adalah satu pembaziran jika peluang keemasan ini tidak diambil oleh kita. Jadi sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan berpuasa kepada seluruh umat Islam.

No comments:

Post a Comment